aku berlari ditengah tengah ramai.
aku nampak satu tangga batu.
tingginya hampir separas bahu.
aku naik dan berteriak:
hey kamu kamu..
pandang aku dengarkan aku
dan saat mata mata jelik itu menderu deru melihatku.
aku kaku.lidah kebas,gigi getar.
kalaulah mereka boleh baca fikiran aku waktu itu..
haih..
aku sepertinya mahu menjerit..
aku sepertinya mahu dirigid..
yang siang siangku sudah hilang senyumnya..
yang malam malam ku menumpang senyum si teruna orang..
yang mimpi mimpi aku sudah terjerat indahnya.
hati..kalau lah boleh aku ukirkan sendiri..
hati..kalau lah boleh aku simpankan sedih.
sekurang kurangnya aku senyum dan ketawa.
biarpun palsu di mata orang mahupun mata aku.
dulu aku mampu..menahan cinta menggenggam setia pada yang ada.
sekarang sepertinya sudah tiada kuatnya.
selepas aku jelaskan apa yang aku ada dalam hati..
aku rasa seperti tidak kuat lagi untuk senyum dan bertawa..
sumpah..susah...sumpah aku tak tipu.
"tunggu lah dulu..awak
biar kite boleh tiada awak."
kalau lah aku boleh kata begitu.
tapi susah..malu itu ada.
kerana aku semestinya tidak mampu menggapai dia ataupun siapa2.
hadap saja lah.sakit pun biar aku saja rase..cukup lah.
No comments:
Post a Comment