random monolog

September 28, 2010

sekali lagi untuk manusia.

aku akan terangkan kali ini sahaja.
aku mahon manusia faham
aku seorang yang mudah jatuh sayang
mudah jatuh kasih
mudah jatuh cinta
pada anjing mahupun babi.
kalau aku sayang maka aku sayang

untuk kali pertama hati aku terluka
sayang aku masih ada..
tapi tersompek sedikit
untuk kali kedua hati aku sakit
aku diam menangis dan sayang aku masih ada.
untuk ketiga hingga ke puluhan kali
hati aku masih tetap sayang..
tapi sayang yang tinggal cuma sedikit sedikit

dan sekali lagi kau buat aku menangis..
jadi aku rasa sudah cukup.
sudah cukup tuan..
cukup sangat..
aku mudah sayang dan mudah terluka
tanya pada bidadari aku..
kekasih2 aku yang dulu pon begitu.

jadi kau duduk diam dan fikir
sudah berapa kali tangis aku yang kau gelakkan
sungguh kelakar bagi kau
terhiris dalam bagi aku

jadi jangan tanya kenapa
bila aku tidak lagi mengharap panggilan sayang dari kamu seperti dulu
bila aku tidak lagi mahu balas tiap patah kata kamu
itu tandanya sayang aku sudah zero.

titik.jangan tanyakan lagi.
tunduk dan berlalu pergi.

September 27, 2010

seratus.

.


kegembiraan.
kadang kadang selalunya kite sentiasa mahu kegembiraan sahaja.
selalunya kita harap kegembiraan itu sentiasa ade sampai akhir masa.

macam kawan kawan
selalunya aku harap kawan kawan sentiasa ade.
bukan sebagai peneman waktu aku takut pegi toilet malam2 je.
tapi sebagai kawan yang ade dalam hati aku.
yang kalau boleh biarlah ia kekal semacam itu hingga liang lahad jadi rumahku.
yang kalau boleh biar mereka sentiasa di hati dan perasaan aku.

tapi tuhan itu ada.
kita takkan pernah tahu sampai bila kawan masih kekal kawan.
kita takkan pernah tahu sampai bila nama kawan itu masih diingat.
kita takkan pernah tahu bila kawan itu terasa hati dan berlalu pergi dari kita.
kita tak tahu..

jadi untuk kawan kawan..entri yang ke seratus ini untuk kamu2.
yang masih rasa mereka kawan aku.
terima kasih kerana masih ada dan lahir ke dunia.=)



                                                                          dengan penuh cinta,
                                                                             Kadijah Kamis.

September 25, 2010

surat untuk manusia

maafkan aku kerana kejam
ini mmgnya diri aku
maafkan aku kerana x bisa menerang
ini bukan kemampuanku
maafkan aku bila aku tidak lagi bisa sayang
itu mmg hati aku..
maafkan aku bila aku sudah tidak kisah hati kamu
aku mmgnya jahanam
kamu sakit
apatah lagi aku
terima kasih krn izinkan aku terbang dr sangkarmu
aku sudah tidak bisa lagi mengikut semua kehendakmu
aku sudah tidak bisa lagi menjawab soalan2 cemburumu
aku sudah penat untuk ketawa dgn kelakar carikmu..
maafkan aku terus..
katalah apa saja..
aku cuma mahu begini
xperlu ada yang tanya kemana aku dgn siapa aku
penat..sumpah aku penat.

menyentuh cinta x pernah semudah yang aku sangka dulu dulu.
kejam..cinta buat aku lebih kejam.

September 24, 2010

molek

yang aku rase sekarang..kosong.
adenye kawan kawan buat aku penuh
mungkin aku kejam buat org menangis
aku cuma mahu bebas.
boleh tak?

untuk kamu si bidadari

.


untuk kamu si bidadari,
usah menangis sendiri,
kerana aku sentiasa ada utk menangis bersama kamu.
masih igt dulu?
kau duduk dan menangis bersama aku.

aku tahu kamu sakit kerana cinta itu.
sabarlah.
dan aku ada untuk kamu.
aku x mahu kamu sedih.
kerana kamu tinggi di hati aku.

ceritakan..luahkan..
biar aku tahu..
peduli apa org kata.
aku tetap disebelah kamu..
kamu bidadari yang paling cantik dan aku sayang.

jangan bersedih sendiri..
aku mahu sentiasa menemani kamu.

p/s:untuk bidadari yang sentiasa ade di setiap jatuh bangun aku..yang sentiase faham hati aku,yang sentiasa masih percaya pada aku biar org lain tidak...aku sangat sayang kamu..siti nur izzah abd malik.

September 22, 2010

September 21, 2010

bicara malam

lontar biar sakit
sepak biar perih
genggam biar renyuk
pijak biar lerai
picit biar kecil
baling biar hilang
perah biar kering
padam biar kosong
kunci biar senyap
ketap biar pucat
biar mampus semua yang ada
kerana hati aku jahat.
jasad aku kejam.
cinta aku picisan.
sayang aku kurap.

aku mmg penipu.

September 20, 2010

ini bagi aku cantik.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan






                                                                                                 biar cinta-ost lagenda budak setan=)

September 19, 2010

aku gila.

aku berlari ditengah tengah ramai.
aku nampak satu tangga batu.
tingginya hampir separas bahu.
aku naik dan berteriak:

hey kamu kamu..
pandang aku dengarkan aku

dan saat mata mata jelik itu menderu deru melihatku.
aku kaku.lidah kebas,gigi getar.

kalaulah mereka boleh baca fikiran aku waktu itu..
haih..

aku sepertinya mahu menjerit..
aku sepertinya mahu dirigid..

yang siang siangku sudah hilang senyumnya..
yang malam malam ku menumpang senyum si teruna orang..
yang mimpi mimpi aku sudah terjerat indahnya.

hati..kalau lah boleh aku ukirkan sendiri..
hati..kalau lah boleh aku simpankan sedih.

sekurang kurangnya aku senyum dan ketawa.
biarpun palsu di mata orang mahupun mata aku.
dulu aku mampu..menahan cinta menggenggam setia pada yang ada.
sekarang sepertinya sudah tiada kuatnya.
selepas aku jelaskan apa yang aku ada dalam hati..
aku rasa seperti tidak kuat lagi untuk senyum dan bertawa..
sumpah..susah...sumpah aku tak tipu.

"tunggu lah dulu..awak
biar kite boleh tiada awak."

kalau lah aku boleh kata begitu.
tapi susah..malu itu ada.
kerana aku semestinya tidak mampu menggapai dia ataupun siapa2.
hadap saja lah.sakit pun biar aku saja rase..cukup lah.

September 01, 2010

omg

speechless....sape igt kite blakon cite tjuk pe tyme nih?

macam mane nih?

'


gelabah mcm setan.
kucar kacir mcm ribut.
muke panik mcm fazura(sumpah cantek)
menggigil mcm apek..

bau tu dah xde..
alaaaaa.....cne ni?
xbest la na tdo...
bau sikit2 jer..

im the loser..soo?

.


feel like watch ps:i love you once again.
i used to watch it before when i feel unhappy.
and always hope that ill have that type of lover n husband.


stop dreaming nox..
nobody want you.

stealing bone.

.

budak2 umt ramai da balik malam ni..
so,xbyk kijo pon...
melepak je..
td bos dtg bg gaji...
hui...dpt duit raye juge....


cpat la pkol 1130.
na balik tgk movie ke...
hurm....