random monolog

September 28, 2012

mantera

langit malam buat aku senyum
malam pekat hitam
buat aku senyum 
waktu malam begini
selalu kau ada
selalu aku nampak kau
aku mahu kau malam ini.

langit malam pekat hitam
datangkan dia dalam mimpi aku
sulamkan aku dalam hatinya
sematkan cinta aku padanya

langit malam pekat hitam
buat dia senyum bila ingat aku
buat dia gamam melihat aku
buat dia gembira menyintai aku

langit malam pekat hitam
padam semua marah dalam hati dia
padam semua cinta dulu dalam hatinya
padam semua
biar tinggal aku sahaja.

ini mantera org tamak cinta seperti aku.

No comments: