random monolog

September 29, 2012


satu minit lepas aku terfikir.masih boleh kah diteruskan hubungan ini?kerana aku paling sakit dengan hubungan jarak jauh.dan sekarang aku sedang sakit..bukan cinta.

September 28, 2012

mantera

langit malam buat aku senyum
malam pekat hitam
buat aku senyum 
waktu malam begini
selalu kau ada
selalu aku nampak kau
aku mahu kau malam ini.

langit malam pekat hitam
datangkan dia dalam mimpi aku
sulamkan aku dalam hatinya
sematkan cinta aku padanya

langit malam pekat hitam
buat dia senyum bila ingat aku
buat dia gamam melihat aku
buat dia gembira menyintai aku

langit malam pekat hitam
padam semua marah dalam hati dia
padam semua cinta dulu dalam hatinya
padam semua
biar tinggal aku sahaja.

ini mantera org tamak cinta seperti aku.

September 26, 2012

menghapus masa lalu


pernah aku fikir
mahu tekan reset..
dan hidup aku bermula
dipagi yang baru
dengan hati yang baru
tanpa kenangan
sebab aku seorg yang hanya igt benda yg menyedihkan dalam hidup

yang gembira?
entah..aku selalu lupa

pernah aku fikir
aku mahu lari
kesatu tempat
yang xkan ada sesiapa kenal
yang xkan ada sesiapa tahu siapa aku
dan aku mahu jadi yg paling baru
yang tidak pernah rasa sakit dan menyakiti

boleh?
waktu itu hanya tuhan yang tahu siapa aku.

sekarang terlalu ramai manusia
yang menjadi hakim
mereka yakin aku ahli neraka
mereka yakin aku dihina
mereka yakin...

dan aku dah penat..dengan pandangan manusia
yang sentiasa bercakap didepan muka aku
tanpa suara..

kalau aku berada ditempat mereka..aku pun sama

tapi..aku lebih suka kau cakap depan aku..sumpah aku sepuas hati kau..dan kita boleh jadi kawan..kan?
lebih tenang rasanya.

September 21, 2012

untuk engkau


aku selalu paling tidak tahu mahu describe engkau itu apa?
engkau itu siapa?
engkau itu bagaimana?
tapi aku paling tahu..
dari dulu..sampai sekarang aku x pernah berhenti ingat engkau.

mungkin sekarang aku tidak boleh lagi duduk sebelah kau.
mungkin sekarang aku tidak boleh lagi pandang muka kau.
mungkin sekarang aku sudah hilang dari engkau.

tapi setiap ketika aku sering mahu tanya
apa khabar engkau?
masih sihat kah?
masih dijagakah?
masih bahagiakah?

dan soalan yang aku mahu kau jawab...
kenapa kita kawan selama ni?
kau boleh fikir dan jawab dlm 5 saat x?