random monolog

June 27, 2012

hukum diri sendiri
buat kau lagi seksa
sebab kau seksa dgn tgn kau sendiri
di akhir hari kau rase
kau paling bodoh..
ye..terpaling bodoh


sometime I have faith with being alone.
i can be myself forever.

June 21, 2012

aku nampak kau di suatu tempat gelap
paling gelap
tapi aku nampak kau..hanya kau
bercahaya seperti biasa
tapi bila aku dekat
kau hilang
baru aku sedar
kau hanya mimpi aku
kau hanya maya aku
kau hanya ilusi aku

kesetiap lubuk tempat aku pergi
kau tetap disitu
senyum dalam gelap
yang hanya aku seorang nampak
hebat..cinta aku hebat kan.

June 19, 2012

melayu



aku orang melayu
aku paling suke mengaku aku orang melayu
sebab aku makan makanan melayu
cakap pon bahase melayu
everything..aku sangat melayu
jadi aku bangga utk beritahu aku orang melayu

tapi tabiat orang melayu selalu sakitkan hati aku
tabiat diorang macam2
pelik..

kalau aku x citer pon rasenye
ramai tahu ape tabiat2 popular org melayu ni

selama ni aku paling pantang orang melayu malas kerja
kau malas kerja tu xpe lagi
yang lagi pantang kau malas keje
tapi malam2 rajin pulak masuk rumah orang merompak
merompak je boleh tahan lagi
ko rogol pulak
ko bunuh pulak
pelik..aku x ckp semua org melayu macam tu
majoriti orang melayu mmg x sanggup nak buat macam tu
sebab dari kecik kite dididik untuk sayang sesame manusia
tapi sebab yang segelintir ni lah melayu nampak hampeh sangat

lepas pasal dadah.
kau hisap dadah patutnye lagi rajin la kau keje
ini x..lepas kene..ko layan dunia ko sekor..
pastu stok taik ko habis
mule sasau..
mule rase nak g ragut org sane sini.
kalau kau keje kan bagus..
cari la rezeki yg halal utk beli dadah haram kau tu..
xde la org lain susah

dan hari lagi satu perangai org melayu yang aku pantang
tegur orang belakang2.
bukan x betul..bukan x bagus..
tapi bila kau tegur aku melalui orang lain..
aku xde peluang la nak bela diri aku depan kau..
kau melayu..aku melayu..
ape nak malu?
ape kau nak sombongkan?
darah kau merah..
darah aku hijau ke?
cakap..depan muke aku..
biar aku mampu untuk balas..
ini..haih...melayu..melayu..
bila la kau nak maju..
aku yang kat bawah kau ni pon susah nak maju
bile kau xnak maju langsung..

sedeyh!

June 12, 2012

maaf arjuna


aku sudah igt kan kau
waktu mula2 skali kita pegang hati masing2
aku sudah igt kan kau
aku x sempurna
aku penuh cela
aku tiada apa
aku tidak setaraf
aku sangat byk kurangnye

maaf..aku sudah menyusahkan kau
maaf arjuna..
aku tidak layak untuk kau
aku sanggup biar kau hilang
aku sanggup
maaf arjuna..
aku x mahu kau sakit.

June 11, 2012

tak apa
tak perlu jumpa
sebab aku tahu siapa aku rindu.

tak apa
tak perlu jumpa
sebab aku tahu siapa dalam hati kamu

*cube meyakinkan diri sendiri..masih tak mampu.

June 09, 2012

ini zaman ganjaran


zaman hisap ganja
sedap tapi xde pekdah
zaman kau menagih ganjaran
bagi kat orang 5 sen
kau mintak balik 5 hengget.

last2 aku tgk kau.
xkaye pon..
mcm tu jugak..
hahaha
sedeyh.

June 07, 2012

singgahsana



suatu hari aku mahu cipta
suatu singgahsaana
untuk kau arjuna
singgahsana yang cukup indah
di mata kau
aku mahu cipta suatu rasa cinta
dalam hati kau
yang xpernah berbelah bahagi untuk aku
untuk aku seorang sahaja

ye..aku tamakkan hati kau.

June 05, 2012

hakikat.


aku seorang manusia yang aku rase paling lemah
aku mudah tunduk
aku cepat mengalah
aku selalunya akan diam
bila yang didepan aku orang sedang menyumpah seranah
terus ke muka aku
aku biasanya diam

dulu masa aku bercinta yang terpaling dalam
aku buat apa sahaja untuk dia
biar dia angkat tangan kaki ke muka aku
aku tetap bahagia

biasanya aku akan diam
sebab orang macam aku biasanya menangis bila tengok movie
tapi bila jadi depan mata..aku diam..kemudiam senyum lambat2.

sebab biasanya aku sangat ego untuk menangis didepan naga
tapi aku lebih rela menagis dalam jamban.
xde orang tau.

sampai satu tahap
aku sedar..
dalam diri aku
dalam hati aku
sebenarnya sudah tiada apa2
sudah gelap
aku sendiri tak nampak ape aku rase
mungkin hanya tuhan tahu

tapi diwaktu ini
aku rase aku tahu..
aku sedang jatuh cinta lagi

setiap kali aku jatuh cinta
aku akan berhenti di suatu masa
dan bertanya.
kau x serik?
kau dah bersedia untuk disampahkan mereka sekali lagi?
setakat hari ini
xpernah hati aku kata serik
xpernah akal aku kata tidak..
aku akan teruskan..sehingga aku dipijak lagi

manusia sekeliling aku selalu fikir
aku tinggalkan mereka si naga2.
kerana aku orang yang susah berpuas hati..
aku orang yang mudah bosan.

tapi hakikatnya..mereka tidak tahu
ape yang aku lalui sehingga rasa x puas hati itu timbul
ape yang aku redah sehingga rasa bosan meluap-luap
mereka tidak tahu..

sebab aku yang rasa..

dan untuk cinta kali ini
aku sudah bersedia
aku sudah terlalu cinta untuk patah balik

terima kasih arjuna raga beta..untuk cinta kali ini
kerana terima perempuan terkebawah seperti aku.
kau handsome dalam hati aku
kau molek bagi aku.
terima kasih.=)

June 03, 2012

bila kau menjadi manusia lain.



jangan salahkan manusia lain
kau dan mereka sama
xpernah berhenti berkata
selagi air liur masih ada
kau dan mereka akan berkata

bila mereka bercakap yg x elok 
kau mula rendah
kau mula tunduk
kau muhasabah
dan kau rasa kau perlu berubah

bukan berubah itu x perlu
bukan berubah itu x penting
tapi sayang..
kau berubah untuk menjadi manusia lain
tapi sayang kau berubah utk puaskan manusia lain.

alasan kau: 
supaya mereka senang dgn kau
supaya mereka rasa kau cantik dari dalam
supaya mereka hormat kau

akibatnya:
di hari kau rasa sgt penat
kau mengeluh
"penat jadi manusia lain"
"mane diri aku dulu?"
susah dah nak jumpa.

jadi sebelum kau rasa nak berubah
pastikan
kau bukan berubah untuk manusia naga yang lain
jadi diri sendiri sampai kau mati

xde lah time kau nazak nanti kau menangis
sebab kau rase kau x pernah hidup pon..
tapi dah nak mati.
kan?=)