random monolog

January 20, 2011

die yang setia cintanya



die yang setia

sehingga ada yang ganggu

dihalaunya jauh2

die yang setia

sehingga ada yang mahu

di laung tidak usah

die yang setia

sehingga ada yang sakit

tidak diendahkan

die yang setia

sehingga ada yang tunggu

namun dibiarkan

die yang setia

yang sikse orang menunggu

namun tidak pernah diendahkan

biar kata atinya

biar kata akalnya

dan ada yang terus sakit menunggu

ada yang pada mulanya berdiri teguh menunggu

dan akhirnya jatuh hampir terbaring

tapi masih menunggu.

January 18, 2011



saya memang tamak..
bile saye tgk org tu ade tu..
saya nak gak
bile saye tgk org ni ade ni.
pon saye nak gak



awak paham je la
bile saye rase awak x cukup sempurna
awak dah ok sebenarnya
cume saye mmg tamak..
haha..
gile tamak..
paham?
xpaham boleh blah.

January 12, 2011

.



aku laparkan pelangi indah dan langit cerah.

hari hari yang melelahkan.

bila kau pandang wajah di cermin itu
kau lihat perempuan sakit
kau lihat perempuan yang sedang dalam sulit.

bila kau berjalan di bawah terik matahari
kau lihat bayang longlai
kau lihat bayang serabai

.
bila kau makan makanan kegemaran
kau rasa tekak berkecai
kau rasa perut mengunggai.

gile...hari hari yang penuh kerja dengan kesihatan yang di tarik Yang Maha Esa.
siksa..moga terhapus dosa..
terima kasih tuhan.
kerana keji dan alpa aku ini kau masih memandang..

January 03, 2011

seorang lelaki bertanya pada dia.
"apa sangat yang kau suka dan cinta sgt tentang dia yang tidak lengkap dalam diri aku?"

dia tunduk..diam..bermain dengan kuku..menarik nafas panjang ..susun kata seelok2nya..
"dia seorang lelaki dimana bila saya ingat dalam fikiran saya pun saya boleh tersenyum selebar2nya..
dia seorang lelaki dimana bila saya sebut namanya di dalam monolog saya pun saya rasa gembira
dia seorang lelaki dimana bila saya terpandang wajah seiras2nya pun saya sudah rasa sempurna."

indah.biar ia tiada..tapi indah.